1.Apa yang biasa menyebabkan transaksi gagal ?
 .Transaksi gagal disebabkan hal-hal berikut:
· Prepaid Handphone anda habis.
· Modal credit anda habis.
· Password anda sedang diblock
· Password anda salah.
· Kod produk salah.
· No. Tujuan tidak benar.
· Operator telefon atau operator sedang ada gangguan.
· Kesalahan menaip format sms dalam mengirimkan sms ke no center.
· Kesalahan dalam mengirimkan ke no center.

2. Berapa lama Account Agen / Dealer baru akan aktif setelah melakukan deposit ?
Account baru akan aktif kurang lebih 30 minit dengan catatan internet banking tidak sedang mengalami gangguan. Akan ada transaksi sms dari ADMIN SYARIKAT MOMEY RESOURCES.

3. Apakah deposit modal credit agen akan hangus dalam waktu tertentu ?
Deposit modal credit tidak akan hangus dalam waktu tertentu dan tidak akan berkurang apabila tidak gunakan untuk melakukan transaksi.

4. Apakah Agen dapat mendaftarkan agen baru ?
Agen tidak boleh mendaftarkan agen baru. Dengan mengupgrade ke MASTER AGEN baru la agen dapat mendaftarkan agen baru. Yuran pendaftaran agen, MASTER AGEN yang tentukan. Komisyen yang MASTER AGEN dapat ialah 100% daripada yuran tersebut.

5. Dalam 24 jam apakah saya dapat melakukan pembelian prepaid lebih sekali dengan nilai dan kepada no hp yang sama?
Tidak boleh. Ini kerana system akan block, dikuatiri masuk 2x dengan nilai dan no hp yang sama.

6. Deposit modal kredit agen / dealer berkurang,sedangkan transaksi belum masuk ?
  Sila complain dengan menaip sms seperti yang dinyatakan di dalam format sms.

7. Berapa lama deposit modal credit akan ditambahkan, jika sudah melakukan pembayaran bank in ?
Jika tidak ada gangguan internet banking deposit anda akan ditambah kurang lebih 15 -60 minit dan akan menerima konfirmasi jika deposit sudah ditambahkan.

8. Bagaimana jika ada pertanyaan lain selain pertanyaan di atas ?
Silakan menghubungi customer service pada talian 013-6290310 atau kirim email ke myprepaid2u@kombuchascoby.com 

9. Adakalanya transaksi yg di hantar gagal, mengapa?  
Jika anda mendapat notis dari server seperti ini, ia bermaksud tambah nilai keatas no tersebut telah GAGAL. Ia mungkin berpunca dari no yang ingin di tambah nilai tidak betul. Sila periksa kembali no tersebut dan anda boleh cuba menghantarkan no tersebut kembali.

10. Bagaimana pula jika mendapat msg yg mengatakan transaksi celcom/maxis/digi ereload tergendala buat sementara waktu? 
Notis sms dari server seperti ini bermaksud kegagalan sistem berkomunikasi antara celcom/maxis. Ia mungkin kerana sistem server kami atau Celcom/Maxis sedang diselengara. Tiada transaksi dapat dijalan pada masa ini. Ia mungkin mengambil masa yang agak panjang bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi. Harap anda bersabar.

11. Jika tiada sebarang notis dari server melebihi 15 minit – 1/2 jam, apa yg perlu saya buat?  Selepas anda menghantar sms tambah nilai ke server, anda boleh cuba menghantar kembali dengan nominal dan no yang sama ke server. Tidak perlu risau, modal anda tidak akan dipotong untuk kali ke-2 jika tambah nilai sebelum ini telah berjaya. Sistem server telah di programkan untuk membenarkan tambah nilai nominal sama dengan no yang sama hanya sekali sahaja dalam masa 24 jam. Anda boleh mencuba beberapa kali pun jika perlu.

12. Kredit pelanggan dah ditambah nilai, tapi agen tak dapat naklumat tranksi dari server, duit dlm akaun agen juga telah di potong.bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Perkara ini terjadi kerana kesilapan agen semasa menaip format SMS dengan meletakkan ruang selepas titik. cth kesilapan: M3. 013456789.1234, format yang betul cth: M3.013456789.1234. Semasa menaip SMS agen hendaklah mengikut format yang betul, bagi mengelakkan kejadian ini berlaku. Reply dari server tetap akan diterima oleh agen tetapi lambat.